BSN Loan | Pinjaman Peribadi Bank Simpanan Nasional

Skim BSN Personal Loan adalah disediakan khas bagi kakitangan kerajaan dan pekerja-pekerja badan berkanun. Untuk skim BSN Personal loan menawarkan had pinjaman dari minimum RM5,000 sehingga maksimum RM200,000. Pakej ni mempunyai dua jenis pakej iaitu Classic & Classic-B.

Perbezaan antara dua pakej ini adalah mempunyai kadar faedah yang berlainan, jika Classic-B kadar faedah adalah tetap 3.90% dari minimum 2 tahun sehingga maksimum 10 tahun tempoh pembiayaan.

Manakala pakej Classic kadar faedah adalah 4.00% jika mengambil tempoh pembayaran dari 1 tahun sehingga 5 tahun, jika nak mengambil tempoh pembiayaan yang lebih panjang 6 tahun ke atas sehingga maksimum 10 tahun kadar faedah adalah 4.40% tetap.

Macam mana cara untuk dapatkan kadar faedah yang paling rendah dalam BSN Personal Loan jika sebagai anggota Kakitangan Kerajaan, untuk kakitangan kerajaan kadar faedah yang paling rendah 3.90% adalah Classic-B. Untuk nak memohon pakej ini kelayakannya mesti mempunyai pendapatan yang tetap minimum RM2,500 sebulan ke atas.

Jika pendapatan tetap anda dibawah RM2,500 jangan terputus asa, BSN Personal Loan masih dapat membantu anda dengan cadangkan Pakej lain iaitu Classic, pendapatan minimum sekurang-kurangnya ada Rm800 minimum ke atas dah layak untuk memohon.

Apakah kelayakan yang harus mempunyai untuk mendapatkan kelulusan pinjaman peribadi anda dalam BSN Personal Loan? yang paling penting had potongan gaji bulanan tidak boleh melebihi 60%. Anda harus berumur 21 hingga 60 tahun, tertakluk kepada umur persaraan semasa tamat pinjaman.

Jawatan anda harus disahkan sebagai jawatan tetap, jika anda sebagai kakitangan kerajaan yang kontrak atau sementara syaratnya mesti berkhidmat 12 bulan ke atas dan perlu mengemukakan seorang penjamin kakitangan kerajaan yang tetap baru boleh mendapatkan pertimbangan kelulusan pinjaman daripada BSN Personal Loan.